Tuesday, January 26, 2010

Diari Cinta Pendam #2

2003 : Saat pandangan mata yang menatap si dia menjadi satu perasaan kasih dan cinta. Mekar kembang jiwa yang berbunga, hanya menanti masa mendatang dengan penuh kisah yang membahagiakan hati.

"Bangun-bangun, subuh-subuh..sapa tak bangun kena denda.." jerit ketua pengawas kerohanian. Mungkin mengandaikan budak-budak akan bangun ke surau. Wajib..!! Itukan peraturan yang sudah termaktub dalam setiap asrama di negara kita. Ahhh.. Biarlah. Yang aku tahu hari ni aku akan menyambung misiku untuk menggapainya. Siapa?? adalah... Aku kuatkan semangat ku di celah-celah bisikan syaitan untuk meneruskan ibadat kepada Allah. Aku bergegas ke surau asrama, tapi bagiku bukan untuk saf hadapan niatku. Aku sengaja mengambil tempat di bahagian luar surau semata-semata menanti kedatangannya, Sally. Dia dan rakan karibnya akan melintasi pandangan mataku sebentar saja lagi memandangkan asrama perempuan sedikit jauh dari kedudukan surau. Aku menanti, dan terus menanti. Kawan-kawanku tidak ku hiraukan. Biarlah Kecik mengajakku untuk bersembang hal-hal duniawi, aku tetap menanti dirinya. Andainya aku dapat menatap matanya di saat ini, akan lebih bersemangat bagi ku untuk ke sekolah hari ini. semangat luar biasa yang belum pernah wujud dalam diriku. Huh..!!

"Srapp..srappp..!!"

Hah. Dia sudah datang. Hati berdebar menanti kedatangannya. Otak yang dari tadi memikirkannya terus membeku dari berfikir-fikir semata-mata untuk menumpukan perhatian kepadanya.

"Weh Kecik, aku balik asrama dengan budak ni la semalam. Ko kenal kan ?? Rasanya budak kelas sebelah," bicaraku tanpa segan silu. Walhal ingin sahaja aku rahsiakan dari Kecik. Malu kalau di hebahkannya nanti.

"Ooo..Tu Sally kan nama dia. Aku rasalah. Bila ko balik dengan dia??" balas Kecik

"Ye la kot. Dia cakap nama dia Sally..Aku rasa la kan Kecik.."belum sempat aku menuturkan kata-kata itu.

"Ko tau tak, budak ni la aku suka tau. Tapi aku tengok macam susah jek..hahaha.." tiba-tiba kata-kata dahsyat itu terkeluar dari mulut Kecik.

"Huh??!!" desus ku dalam hati. Betul ke apa yang kecik katakan . Apa ni?? hatiku dah mula tidak keruan apabila banyak suara-suara yang berbisik di telingaku, macam-macam pandangan masa hadapan yang muncul dengan tiba-tiba. Bukan jenis aku yang kerdil ini untuk bersaing dan berlawan dengan insan lain yang lebih hebat daripada diriku. Macam-macam yang berlegar di fikiran ku. Sally, bukan aku seorang saja yang meminati dan bersedia menjadi pendamping kau, tapi ada lagi, malah yang lebih baik dariku. Apa yang harus ku buat?? Aku buntu. Yang si Kecik ni pun satu, tidakkah kau tahu, aku nak Sally, jadi janganlah kacau daun pulak.

Kata-kata Kecik tadi sedikit membuatkan lidah ku kelu untuk berkata. Aku kaget sebentar di depan teman-temanku. "Dia yang aku minat, dia lah yang kau minat," bisik hati kecilku lagi.

Saat itu aku merasakan seperti aku seorang pengalah. Tiba-tiba perasaanku bertukar menjadi tidak selesa dengan situasi itu. Lantas cepat-cepat aku mengalihkan pandangankku pada Sally. Tidak mahu Kecik perasan tentang hal ini. Tidak apa, biarlah, yang penting kawanku bahagia.

Di sekolah aku mula menjinak-jinakkan perasaan sukakan Sally dengan perlahan-lahan. Setiap hari aku nantikan bayangan gadis itu di belakang kelas memandangkan kelasku berada di hujung pelusuk bangunan sekolah. Tiba waktu rehat sahaja, bergegas berlari menuju ke kantin dan koperasi sekolah. Bukan untuk makan, tetapi semata-mata untuk melihat kelibat si gadis idaman. Kadang-kadang aku merasakan dunia ini bagaikan kosong dari ona dan duri, kosong daripada kesempitan yang berlaku. Kerana tiada apa yang melibatkan perasaan muncul sebelum ini. Namun kehadiran sekujur tubuh insan yang bergelar Sally ini telah membuatkan aku berasa seperti inginkan perasaan yang lebih dari kawan semata-mata. Alangkah bahagianya....

"Tapi Kecik..." dengus hatiku. Aku tidak keruan di saat kecik meluahkan perasaannya di surau tempoh hari. Hati ku menjadi seperti seorang yang telah putus asa. Padahal kecik baru menyatakan perasaannya pada Sally. Mungkin perasaanku semata-mata inginkan kecelaruan dalam diri. Apa-apa pun, yang aku tau adalah setiap permulaan perhuungan mesti ada perkaitan yang dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra dan akrab. Seakrab aur dan tebing mungkin.

Setiap hari aku menantikan saat Sally melintas di depan mata. Tidak kira di sekolah atau asrama akan ku tunggunya. selesasi kelas Bahasa Arab, cepat-cepat aku melabuhkan punggung di atas katil di Bilik G Aspura. Katil yang hujung sekali sememangnya menjadi pilihanku dengan permandangan yang cukup menawanku terutama di ketika pelajar-pelajar perempuan melintas di hadapan bilikku. setiap minit yang berlalu akan ku tanya dengan soalan, "Di mana dia??"
Biar hari-hari yang berlalu bagaikan satu penyeksaan bagiku, namun aku akur dengan keputusanku sendiri untuk mengundurkan diri daripada meminta lebih daripada Sally. Aku pikirkan biar sajalah Kecik yang merasakan kasih sayang dan percintaan bersama Sally. Aku buntu untuk meneruskan perasaan ku padanya.

"Sally, petang ni ko free tak ?? Jom lepak library dengan aku sambil study??" tegurku buat pertama kalinya tanpa perasaan gementar dan darah gemuruh. Aku menanti jawapannya dengan penuh kesabaran. Aku takut pada perkataan 'tidak' andai itu yang bakal di jawabnya.

"Erm ok je. Tapi aku sekali sengan Syira dengan Wawa. Boleh ke??" balasnya.
"Ok je, aku pun datang dengan Ikmal dengan Kecik. Kot-kot korang leh terpikat dengan diorang. hahaha.." seloroh aku dengan nada yang agak menyindir. Walhal aku sendiri yang mengatakannya. Aku sendiri yang sengaja ingin mencetuskan pergaulan antara Kecik dan Sally. Mungkin kerana perasaan aku yang bodoh ini yang inginkan kebahagian orang lain menyebabkan aku menjadi macam ni. Kenapa bukan aku yang menawarkan diri untuk Sally?? Kenapa harus nama orang lain yang harus aku sebut?? Kecik ?? Hati dan perasaanku terus menjadi begitu tidak keruan. Di saat aku mengulangkaji pelajran dengannya, mataku tidak dapat lari dari melepaskan pandangan padanya, sentiasa mencari sesuatu agar aku dapat berdampingan dengannya. Mungkin hatiku telah berkata, "dialah gadis idamanku."

Sepanjang perjalanan selepas pertemuan degan Sally di perhentian bas, membuatkan aku lebih berfikir akan kehadirannya dalam hidupku. Setiap masa ingin sahaja aku meluahkan perasaanku padanya. Mungkin aku terlalu mengharapkan sesuatu sehinggakan aku menjadi taku dan gementar untuk meluahkannya. aku takut aku akan di tolak . Mungkin juga aku di tolak, kemudian aku di herdik. Mungkin juga kawan-kawannya akan mengherdikku. Alasannya, sebab aku tak sedar diri. Kawan-kawan yang hensem dan comel mungkin boleh berpikiran lain daripadaku.

Minggu ini minggu balik kampung. Mungkin juga yang aku tunggu-tunggu untuk terus berdampingan dengan Sally kelak selepas dia pulang dari kampung. seperti di minggu pertama pertemuan kami,malah saling bertukar nombor telefon, aku ingin sahaja mengajaknya sengaja balik lambat lagi ke asrama. semoga dapat peluang untukku bersamanya. Detik itu memang ku nantikan.



2 comments:

  1. please sambung cerita nie..dah lama tunggu..nak tau gak ending dia..interesting story..jgn berhenti menulis crita ini.

    ReplyDelete