Tuesday, January 26, 2010

Diari Cinta Pendam #2

2003 : Saat pandangan mata yang menatap si dia menjadi satu perasaan kasih dan cinta. Mekar kembang jiwa yang berbunga, hanya menanti masa mendatang dengan penuh kisah yang membahagiakan hati.

"Bangun-bangun, subuh-subuh..sapa tak bangun kena denda.." jerit ketua pengawas kerohanian. Mungkin mengandaikan budak-budak akan bangun ke surau. Wajib..!! Itukan peraturan yang sudah termaktub dalam setiap asrama di negara kita. Ahhh.. Biarlah. Yang aku tahu hari ni aku akan menyambung misiku untuk menggapainya. Siapa?? adalah... Aku kuatkan semangat ku di celah-celah bisikan syaitan untuk meneruskan ibadat kepada Allah. Aku bergegas ke surau asrama, tapi bagiku bukan untuk saf hadapan niatku. Aku sengaja mengambil tempat di bahagian luar surau semata-semata menanti kedatangannya, Sally. Dia dan rakan karibnya akan melintasi pandangan mataku sebentar saja lagi memandangkan asrama perempuan sedikit jauh dari kedudukan surau. Aku menanti, dan terus menanti. Kawan-kawanku tidak ku hiraukan. Biarlah Kecik mengajakku untuk bersembang hal-hal duniawi, aku tetap menanti dirinya. Andainya aku dapat menatap matanya di saat ini, akan lebih bersemangat bagi ku untuk ke sekolah hari ini. semangat luar biasa yang belum pernah wujud dalam diriku. Huh..!!

"Srapp..srappp..!!"

Hah. Dia sudah datang. Hati berdebar menanti kedatangannya. Otak yang dari tadi memikirkannya terus membeku dari berfikir-fikir semata-mata untuk menumpukan perhatian kepadanya.

"Weh Kecik, aku balik asrama dengan budak ni la semalam. Ko kenal kan ?? Rasanya budak kelas sebelah," bicaraku tanpa segan silu. Walhal ingin sahaja aku rahsiakan dari Kecik. Malu kalau di hebahkannya nanti.

"Ooo..Tu Sally kan nama dia. Aku rasalah. Bila ko balik dengan dia??" balas Kecik

"Ye la kot. Dia cakap nama dia Sally..Aku rasa la kan Kecik.."belum sempat aku menuturkan kata-kata itu.

"Ko tau tak, budak ni la aku suka tau. Tapi aku tengok macam susah jek..hahaha.." tiba-tiba kata-kata dahsyat itu terkeluar dari mulut Kecik.

"Huh??!!" desus ku dalam hati. Betul ke apa yang kecik katakan . Apa ni?? hatiku dah mula tidak keruan apabila banyak suara-suara yang berbisik di telingaku, macam-macam pandangan masa hadapan yang muncul dengan tiba-tiba. Bukan jenis aku yang kerdil ini untuk bersaing dan berlawan dengan insan lain yang lebih hebat daripada diriku. Macam-macam yang berlegar di fikiran ku. Sally, bukan aku seorang saja yang meminati dan bersedia menjadi pendamping kau, tapi ada lagi, malah yang lebih baik dariku. Apa yang harus ku buat?? Aku buntu. Yang si Kecik ni pun satu, tidakkah kau tahu, aku nak Sally, jadi janganlah kacau daun pulak.

Kata-kata Kecik tadi sedikit membuatkan lidah ku kelu untuk berkata. Aku kaget sebentar di depan teman-temanku. "Dia yang aku minat, dia lah yang kau minat," bisik hati kecilku lagi.

Saat itu aku merasakan seperti aku seorang pengalah. Tiba-tiba perasaanku bertukar menjadi tidak selesa dengan situasi itu. Lantas cepat-cepat aku mengalihkan pandangankku pada Sally. Tidak mahu Kecik perasan tentang hal ini. Tidak apa, biarlah, yang penting kawanku bahagia.

Di sekolah aku mula menjinak-jinakkan perasaan sukakan Sally dengan perlahan-lahan. Setiap hari aku nantikan bayangan gadis itu di belakang kelas memandangkan kelasku berada di hujung pelusuk bangunan sekolah. Tiba waktu rehat sahaja, bergegas berlari menuju ke kantin dan koperasi sekolah. Bukan untuk makan, tetapi semata-mata untuk melihat kelibat si gadis idaman. Kadang-kadang aku merasakan dunia ini bagaikan kosong dari ona dan duri, kosong daripada kesempitan yang berlaku. Kerana tiada apa yang melibatkan perasaan muncul sebelum ini. Namun kehadiran sekujur tubuh insan yang bergelar Sally ini telah membuatkan aku berasa seperti inginkan perasaan yang lebih dari kawan semata-mata. Alangkah bahagianya....

"Tapi Kecik..." dengus hatiku. Aku tidak keruan di saat kecik meluahkan perasaannya di surau tempoh hari. Hati ku menjadi seperti seorang yang telah putus asa. Padahal kecik baru menyatakan perasaannya pada Sally. Mungkin perasaanku semata-mata inginkan kecelaruan dalam diri. Apa-apa pun, yang aku tau adalah setiap permulaan perhuungan mesti ada perkaitan yang dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra dan akrab. Seakrab aur dan tebing mungkin.

Setiap hari aku menantikan saat Sally melintas di depan mata. Tidak kira di sekolah atau asrama akan ku tunggunya. selesasi kelas Bahasa Arab, cepat-cepat aku melabuhkan punggung di atas katil di Bilik G Aspura. Katil yang hujung sekali sememangnya menjadi pilihanku dengan permandangan yang cukup menawanku terutama di ketika pelajar-pelajar perempuan melintas di hadapan bilikku. setiap minit yang berlalu akan ku tanya dengan soalan, "Di mana dia??"
Biar hari-hari yang berlalu bagaikan satu penyeksaan bagiku, namun aku akur dengan keputusanku sendiri untuk mengundurkan diri daripada meminta lebih daripada Sally. Aku pikirkan biar sajalah Kecik yang merasakan kasih sayang dan percintaan bersama Sally. Aku buntu untuk meneruskan perasaan ku padanya.

"Sally, petang ni ko free tak ?? Jom lepak library dengan aku sambil study??" tegurku buat pertama kalinya tanpa perasaan gementar dan darah gemuruh. Aku menanti jawapannya dengan penuh kesabaran. Aku takut pada perkataan 'tidak' andai itu yang bakal di jawabnya.

"Erm ok je. Tapi aku sekali sengan Syira dengan Wawa. Boleh ke??" balasnya.
"Ok je, aku pun datang dengan Ikmal dengan Kecik. Kot-kot korang leh terpikat dengan diorang. hahaha.." seloroh aku dengan nada yang agak menyindir. Walhal aku sendiri yang mengatakannya. Aku sendiri yang sengaja ingin mencetuskan pergaulan antara Kecik dan Sally. Mungkin kerana perasaan aku yang bodoh ini yang inginkan kebahagian orang lain menyebabkan aku menjadi macam ni. Kenapa bukan aku yang menawarkan diri untuk Sally?? Kenapa harus nama orang lain yang harus aku sebut?? Kecik ?? Hati dan perasaanku terus menjadi begitu tidak keruan. Di saat aku mengulangkaji pelajran dengannya, mataku tidak dapat lari dari melepaskan pandangan padanya, sentiasa mencari sesuatu agar aku dapat berdampingan dengannya. Mungkin hatiku telah berkata, "dialah gadis idamanku."

Sepanjang perjalanan selepas pertemuan degan Sally di perhentian bas, membuatkan aku lebih berfikir akan kehadirannya dalam hidupku. Setiap masa ingin sahaja aku meluahkan perasaanku padanya. Mungkin aku terlalu mengharapkan sesuatu sehinggakan aku menjadi taku dan gementar untuk meluahkannya. aku takut aku akan di tolak . Mungkin juga aku di tolak, kemudian aku di herdik. Mungkin juga kawan-kawannya akan mengherdikku. Alasannya, sebab aku tak sedar diri. Kawan-kawan yang hensem dan comel mungkin boleh berpikiran lain daripadaku.

Minggu ini minggu balik kampung. Mungkin juga yang aku tunggu-tunggu untuk terus berdampingan dengan Sally kelak selepas dia pulang dari kampung. seperti di minggu pertama pertemuan kami,malah saling bertukar nombor telefon, aku ingin sahaja mengajaknya sengaja balik lambat lagi ke asrama. semoga dapat peluang untukku bersamanya. Detik itu memang ku nantikan.



Tuesday, January 19, 2010

Diari Cinta Pendam #1




2003: "Pandangan pertama mancuit aneka rasa cinta dalam diriku seakan-akan putih buih di lautan yang semakin bersinar di kala malam hari.."

"One thing, i dont know why,
Its doest even matter how hard u try,
Keep that in mind i design this rhyme,
to explain in due time... all i know.."

Hah..!! Biar la lagu mat salleh pun . Aku minat sangat. Zaman remaja memang mengasyikkan untuk aku terus menyelami dunia Hip Hop, walaupun tidak secara profesional. Mungkin sedikit asas-asas dalam ideologi Hip hop ini menarik minat aku untuk menceburinya. Zaman sekolah memang macam ni suka terpengaruh dengan perkara begitu. Tapi aku masih kurang satu kisah yang amat penting untuk meneruskan keriangan hidup remaja. Dunia cinta ; itulah ia. Aku buta dalam dunia cinta yang semakin rancak di jelajahi teman-teman sebayaku. apatah lagi kehidupan di asrama yang jauh dari kasih sayang ibu dan bapa, sememangnya menyuntik lagi semangat untuk mencari insan yang dapat menjaga dan mengasihi diri. Impian semua insan bergelar remaja untuk menyelami dunia cinta sebelum usia meningkat dewasa, sama seperti aku.

Tapi bagi diriku, aku sememangnya amat pemalu untuk menembusi dunia cinta apatah lagi usia baru setahun jagung sudah pandai untuk memiliki bunga yang mekar tiada tenilai. Aku sejujurnya mengaku aku memang pemalu untuk berinteraksi dan memulakan sesuatu perbualan dengan perempuan. Lagi kan pula dengan insan yang menambat hatiku di saat pertemuan pertama aku dengan nya. Masih segar dalam ingatan pada tahun ini genap usiaku 15 tahun. dan aku bakal menduduki peperiksaan PMR. sekolah tempat aku menuntut ilmu merupakan asrama harian yang membolehkan pelajar-pelajarnya pulang ke kampung masing-masing pada tarikh yang di tetapkan. Mungkin pada masa itu lebih kurang setiap dua minggu semua pelajar asrama di benarkan pulang menemui keluarga masing-masing terutama pada cuti umum Sabtu dan Ahad. Jika ada yang tidak mahu pulang, hanya menelefon keluarga untuk menemani mereka di asrama. waktu pelawat adalah seharian dari jam 8 pagi sehingga 6 petang, itupun ramai yang ingkar, melebihi tempoh masa. termasuklah diriku sendiri. Bagi yang di temani keluarga memang aku sanjung sangat kerana mereka mempunyai keluarga yang sanggup datang menemani buah hati masing-masing dengan berbekalkan makanan dan minuman utnuk sdi santap bersama di dewan makan dan pondok-pondok ilmiah. Mungkin terdapat rasa iri hati ku dalam setiap detik pertemuan ahli keluarga mereka dengan anak mereka. Ya, aku tiada peluang seperti itu, namun aku tetap bersyukur kerana semua yang berlaku adalah ketentuannya. Ayah ku sudah tiada, apakan daya untuk ibu ku selalu datang melawat. Jauh perjalanannya nanti dan wang ringgit akan banyak di belanjakan untuk menemui aku di asrama.

Kesepian ini membuatkan aku berasa seakan-akan ingin menyelami dunia cinta seperti yang rakan-rakan seangkatan dengan ku selalu ceritakan. Bagaimana perasaan di sayangi dan di kasihi oleh sesorang yang bergelar kekasih. Ahh...Bosannya. Kenapa mudah rakan-rakanku mendekati wanita yang mereka minat?? Kenapa bukan aku ?? Biarlah, mungkin bukan takdir aku untuk menerima semua nikmat cinta di usia begini. Tak apa, aku boleh pendam semua perasaan ini selagi hayat di kandung badan. Aku percaya pada takdir yang bakal menemukan aku dengan seseorang yang aku akan sayangi dan dapat menambat hati ku yang penuh dengan keinginan berkasih sayang. Jodoh pertemuan itu di tangan tuhan.

Hari itu merupakan hari paling bertuah dalam hidupku. Kepulangan ke kampung pada tanggal itu telah membibitkan kisah-kisah jiwang hati lara ku lalu menjadi satu kisah yang tiada noktah dalam hidupku, sehinggalah ke hari ini. Hari yang mungkin aku tunggu-tunggu kan selama ini. Ya..Mungkin benar.

Aku baru pulang dari kampung, untuk kembali ke asrama meneruskan kehidupan ku sebagai pelajar PMR. Detik aku turun sahaja dari bas, cauca begitu mendung denga kepulan-kepulan awan hitam yang semakin membesar. Mungkin akan mencurahkan titsan jernih memukau nanti.

"Ahh.. Nak hujan pulak dah..Mampos nnti nk balik asrama..." keluh hatiku.

Perut yang lapar, aku isikan dengan sebiji burger daging yang di pesan sebaik aku turun dari bas. Mungkin nasi bekalan dari rumah tadi tidak mengenyangkan. Biarlah, lagipun tempoh wasa untuk masuk ke asrama sudah lewat. Waktu terhad sehingga jam 6 petang sahaja. Alang-alang sudah lewat lebih baik aku masuk malam je. Warden pun tak tahu. Makanan di dewan makan pun mesti dah habis.

Saat itu jugalah mata ku terpana. Aku tersentak dengan bunyi deruan bas yang tiba dari mana entah destinasinya. Hah..!! Kelibat seorang perempuan berpakaian lengkap batik asrama yang sama dengan aku turun dari bas. Sama, saling tak tumpah bajunya. Aku amata riak wajah perempuan itu. Macam pernah nampak.

Ya..!! Budak kelas sebelah. Aku kenal. Tapi tak pernah cakap atau menegurnya. Malu yang amat mungkin. Liar matanya memandang sekeliling seolah-olah mencari sesuatu. Atau mencari seseorang??

" Erm ni macam Sally jek. cari boyfren die kot .." bisik hatiku.
"Takpalah, jangan nanti mintak tolong aku hantar ke asrama sudah. sudahlah burger tadi pun aku tak habiskan lagi.." bentak hatiku lagi.

Aku terus duduk di bangku bustand sambil manghabiskan sisa-sisa burger yang ku tempah tadi. aku biarkan sahaja perempuan itu berlegar-legar mencari apa yang di carinya. Tiba-tiba perasaan ku tertoleh dengan langkah si gadis tersebut yang laju menghampiri ku. Semakin dekat, semakin berdebar hatiku. Kenal kah dia dengan aku?? Setahu aku kami tidak pernah berhubung. Kalau ada terserempak atau terjumpa pun sebab kelas Bahasa Arab yang kami ikuti. Maklumlah, Rancangan Khas la katakan.

"Helmi kan?? Baru balik dari kampung ke??" tegur Sally. Aku terkesima sebentar. Apa patut aku jawab?? Tak pernah perasaan ni wujud dalam hatiku. Tiba-tiba sahaja banyak isi-isi dan buah fikiran yang mula menyelubungi benak fikiranku. Mulalah segala kata hati berbisik-bisik.

"Helmi, inilah gadis yang kau akan sukai. Yang akan kau sayangi. Yang bakal kau kasihi.." bisik hati kecilku.

"Ahh.. Mana mungkin. dia baru sahaja mendekati kau buat pertama kali. Kenal pun tidak mana mungkin dia orangnya..." bisik hati menafikan pulak. Mata masih terkebil-kebil. Sally masih menunggu jawapan.

"Weh kau ok ke tak ??" tanya Sally sambil menepuk bahuku.

"Ohh..ok..ok..Aku baru sampai dari kampung. saje balik lambat. Taknak sesak naik bas. Ko dari mana?? Bukan selalu balik awal abah ko hantar ke??" tanya aku balik. Terus lancar suara ku. Bibir yang mula-mula membeku mula cair untuk mengukir senyuman dan lidah yang kaku mula ligat membentuk butir-butir perkataan.

"Ok apa, tadi macam nampak hantu jek.Aku tau la aku cantik." balas dia, sambil senyum manja.

Walaupun nampak sedikit luar perempuan dalam dirinya, aku tetap kaku memandangnya. Mungkin sebab sikapnya yang bersahaja telah menambat hatiku. Tapi aku masih kaku untuk meneruskan perbualan. Hampir beberapa minit selepas aku selesai menghabiskan burger aku, aku mengajak Sally kembali ke asrama. Pertama kali aku bersama dengan seorang gadis yang selamba dan yaaa... Aku amat menyukainya. Sepanjang perjalanan, banyak perkara yang kami bualkan, sehinggakan pakcik jaga di dalam pondok pun kami lupa nak ucapkan salam. Aku mula menyukainya sedikit sebanyak walaupun pertama kali aku bertemu dengannya. Aku mula menaruh segunung harapan untuk aku bertemu dengannya esok hari atau pada bila-bila hari mendatang. Agar aku dapat teruskan penerokaan aku terhadap diri dan naluri gadis itu.

Sehingga ke pagar asrama perempuan atau Aspuri kami melangkah. Rasanya amat singkat pertemuan pertama ini walaupun tidak pernah di rancangkan. Aku tidak pernah terfikir pun akan berjalan bersama mu Sally.

" Terima kasih Helmi sebab temankan aku. Sorry la susahkan ko sebab kena hantar sampai sini.. Nanti aku belanja ko makan ok.." ucap Sally kepadaku.

"Tadak hal la. Lagipun dah malam, takkan ko nak jalan sorang-sorang balik asrama. Ko kan perempuan, kaum yang lemah..." balasku dengan sedikit sindiran.

'Pakkk..!!' lembut tangannya menampar bahu ku..

"Kurang asam. Ingat lelaki kuat sangat ke.."
"Kuat la.. Kalau tak, tak jadilah ketua keluarga..Perdana Menteri pun banyak lelaki.."

"Eleh, ye la tu..Ok la, nanti jumpa lagi ok... Terima kasih tau.."
"Ok sama-sama..Nanti aku nak jumpa ko lagi boleh ??" tanyaku malu-malu kucing.

Ahhh...Berat je rasanya kepala ni. Mungkin dengan beban untuk aku bertanya soalan yang agak memalukan tadi. pertama kali aku mengajak perempuan untuk bertemu. Arghh... Malunya...!!!

"Boleh je. Lagipun kita sebelah kelas je. Apa-apa hal nanti kita boleh je jumpa kat kelas."

Pap..!! Gembira rasanya hatiku. Berbunga-bunga hati yang kesepian ini. Jawapan yang mewakili lampu hijau untuk aku meneruskan misi cintaku. Mungkin benar kata hatiku.

Aku pulang ke bilik asramaku dengan hati yang riang sekali. Tak sabar rasanya untuk meneruskan hidupku esok dengan nakuri hati yang kian memutik dengan kehadiran bunga kembang yang tiba-tiba mekar menawan dalam taman hati. Indanhya dunia..

Sebelum tidur, sempat aku bayangkan detik-detik yang mendatang, andai kata aku menjadi teman Sally. Akn ku bahagiakanmu, akanku cintai mu, akan ku curahkan kasih sayangku ini sepenuh hati. Demi mu Sally.

Sally.............





p/s: Diari Cinta Pendam #2 akan di kemas kini. Segala komen dan kritikan akan di terima pakai. Terima kasih

Jeling-jeling Pandang-pandang..

Mungkin bukan yang sebenar-benarnya ia wujud dialam nyata ini. Tapi ia tetap boleh di terjemahkan kedalam bahasa-bahasa mudah dan indah. Bukan perkara luar biasa andai pengikut-pengikut setia blog atau pembaca-pembaca rahsia yang suka untuk mendapatkan ilmu dan cerita serta pengetahuan daripada sang penulis. lapisan masyarakat kerap kali selalu menantikan coretan-coretan baharu dalam setiap penulisan entri-entri dan penulisan mereka.

Aku yang masih buta dalam arena laman maya yang di kaitkan dengan hubungan banyak hala teruatama di dalam blog ini akn cuba menjadi sesuatu yang bermakna bukan sahaja sebagai medan penterjemahan makna hidup, tetapi juga sebagai medan membina sillaturaahim yang akan berkekalan sehingga berabad-abad dan berdekad-dekad lamanya. Biar ketentuan-Nya menjadi satu inspirasi kepada setiap calitan papan kekunci ku, dan menjadi penentu kepada hayat kisah yang bakal aku coretkan.

Segala yang di lepas walau bukan di alam nyata, ya..mungkin ada juga yang berasal dari alam realiti yang sering kali aku kaitkan dengan fantasi mayaku. bukan semua penulis itu berbohong dan menipu diri sendiri semata-mata untuk menjadi popular dan di kejar golongan enggemar mereka. Harapan yang terbuku di hati hanyalah untuk mendapatkan pengalaman dan perkongsian ilmu dari semua yang terlibat, biarpun seusia setahun jagung, tetap menjadi satu cara aku mendapatkan panduan dalam setiap palitan dalam penulisan blog ku ini.

Apa yang dilontar akan menjadi lontaran yang bakal membina semangat aku untuk ke hadapan.

Wassalam.